SELEBRITI
Peminat bola sepak negara sudah tentu mengenali dua figura kembar yang sangat popular iaitu Aidil Zafuan dan juga Zaquan Adha Abdul Radzak. Pasangan kembar ini sememangnya terkenal dengan kelincahannya diatas padang dan merupakan pemain untuk pasukan Malaysia juga.
Walau bagaimanapun, mereka tidak bermain dalam pasukan yang sama menerusi Liga Malaysia dimana Aidil bersama pasukan JDT dan Zaquan pula berada dalam pasukan Kedah.
Hubungi ibu setiap kali perlawanan
Namun begitu, umum sedia tahu pasukan JDT dan Kedah akan bertembung di Bulit Jalil dalam perlawanan akhir Liga Malaysia 2019 pada sabtu ini yang memperlihatkan pasangan kembar tersebut menjadi seteru di atas pandang.
Menerusi Astro Stadium, Zaquan memberitahu bahawa mereka berdua kebiasaannya akan menghubungi ibu terlebih dahulu sebelum memulakan perlawanan bagi memohon doa.
Akan tetapi, untuk kali ini, ibunya bingung untuk mendoakan kemenangan buat kedua-dua pasukan kerana pasangan kembar tersebut menjadi musuh didalam padang kerana berlainan pasukan.
Pertama kali jadi seteru di final
Tambahnya lagi, sepanjang 13 tahun bermain bola sepak secara profesional, ini merupakan perlawanan termanis buat mereka secara peribadi kerana berentap sesama sendiri.
Terdahulu, pasukan JDT telah layak ke final Liga Malaysia 2019 selepas membenam Selangor dan Kedah pula menempah tiket ke Bukit Jalil apabila menundukkan Pahang di rumah sendiri.
Perlawanan akhir akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu ini dengan memperlihatkan jentera JDT dan Kedah berentap merebut Piala Malaysia tahun 2019.
Sumber : Stadium Astro
Comments
Post a Comment