18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan

Pernah tak anda terfikir untuk buat reunion bersama kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa?
Pasti ada antara anda yang sudah bertahun-tahun tidak pernah berjumpa dan mungkin kali terakhir adalah ketika zaman persekolahan.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Eina Sani membuat perkongsian idea jika travel bersama BFF di laman Facebook.

Reunion pakai uniform sekolah

Empat wanita ini adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Jengka Pusat 1 mengadakan reunion di Seoul Korea dengan memakai uniform sekolah.


Mengulangi nostalgia dan mengabdikan kenangan

Idea melancong ke Korea Selatan itu baru dapat direalisasikan tahun ini walau telah dirancang pada tahun lepas lagi.
Tujuan mereka travel bersama ini dengan memakai uniform sekolah adalah untuk mengulangi nostalgia dan mengabadikan kenangan bersama.



Impian bercuti keluar negara terlaksana selepas 18 tahun

Empat sahabat ini mempunyai impian untuk bercuti ke luar negara sejak zaman persekolahan lagi dan hanya selepas 18 tahun ia terlaksana.

Jarang berjumpa kerana komitmen keluarga dan kerjaya

Mempunyai komitmen dengan keluarga dan kerjaya, mereka tidak pernah terputus hubungan cuma jarang berjumpa.
Dua dari mereka adalah guru di Kedah dan Pahang, seorang bekerja sebagai jururawat di Klang dan seorang adalah peguam di Subang Jaya.


Sumber : Eina SaniSinar, TRENDINGHANGAT

Comments