Sebagai seorang pengguna pastinya kita akan bersikap lebih professional dan teliti semasa membeli-belah, segalanya bagi mendapatkan produk yang terbaik.
Dari segi harga, jenama, kualiti dan segalanya perlu diambil kira bagi memastikan kita mendapat produk yang baik, disebabkan itu rakyat Malaysia terkenal dengan beberapa sikap dan perangai tipikal yang mereka lakukan semasa membeli-belah, antaranya:
#1 Semak tarikh luput produk
Sebelum membeli sesuatu produk pastinya kita akan bersikap lebih teliti, dengan melihat tarikh luput produk terlebih dahulu bagi memastikan kita tidak tersilap membuat pilihan.
Perkara tersebut amat dititikberatkan, kerana jika tersilap membeli produk yang hampir dengan tarikh luput, memang masalah besarlah jawabnya!
#2 Shopping masa tengah sale!
Cakap sahaja tentang jualan murah, pastinya ramai ‘mak-mak’ jadi tidak keruan. Mana tidaknya, kerana pada waktu inilah ramai rakyat Malaysia mengambil kesempatan untuk berbelanja sakan, sehingga sanggup menunggu tibanya jualan murah.
#3 Ambil barang paling belakang sekali
Ini antara perangai yang kerap rakyat Malaysia selalu lakukan. Jika korang selalu ke pasaraya, pastinya ‘mak-mak’ akan memberi tips untuk mengambil barang yang paling belakang sekali pada rak.
Alasannya kerana kemungkinan barang paling hadapan yang diletakkan pada rak, mungkin telah disentuh orang.
#4 Beli semata-mata sebab packaging cantik
Kebanyakan wanita di Malaysia mungkin pernah mengalami situasi ini, mereka sanggup membeli sesuatu produk hanya kerana pembungkusan produk tersebut menarik dan cantik.
Faktor suka melihat sesuatu yang cantik dan menarik, menyebabkan ramai wanita akan membeli sahaja dan mengetepikan fungsi serta kandungan barang tersebut.
#5 Pastikan beli barang buatan Malaysia
Sebagai seorang anak jati Malaysia, membeli dan menyokong produk tempatan adalah suatu kemestian yang perlu ada dalam diri kita, sebagai tanda cintakan negara.
Namun jika kita teliti kembali, daripada 10 barang yang kita beli di pasaraya, mungkin hanya 4 barang sahaja adalah jenama buatan Malaysia.
Mengapakah kita tidak menyokong produk tempatan, sedangkan banyak produk tempatan yang memiliki kualiti dan perkhidmatan yang setaraf dengan jenama antarabangsa.
Korang pernah dengar tak, fraincais ataupun rangkaian/rantaian makanan segera seperti Big Apple & Coffee dan The Manhattan Fish Market?
Big Apple
The Manhattan Fish Market
Korang tahu tak, sebenarnya kedua-dua restaurant ni merupakan jenama keluaran Malaysia sendiri. Boleh dikatakan setanding dan sentiasa menjadi kegilaan ramai seperti dengan KFC dan MacDonald’s.
Kalau barangan elektronik pula, sudah pastinya jenama Khind sentiasa menjadi pilihan utama rakyat tempatan. Bukan sebarangan barang tempatan, malah kualitinya setanding dengan jenama terkemuka seperti Philips dan Panasonic.
Kempen Beli Barang Buatan Malaysia (KBBM) #BarangBaikBarangKita
#1 Bahagian/Rak khas buat jenama tempatan
Buat pengetahuan semua, pasaraya besar telah seperti AEON, Tesco dan Giant bakal menyediakan ruangan khas untuk mengutamakan #BarangBaikBarangKita sahaja. Pastinya, ruangan ini akan memudahkan pembeli untuk memilih dan mengutamakan produk keluaran Malaysia terlebih dahulu.
Bukan setakat itu, pengeluaran barangan tempatan juga telah diperluaskan dan telah mula dijual di kedai-kedai serbaneka dan stesen minyak dan juga di 304 kedai Inisiatif Kedai Ekonomi.
#2 Perkhidmatan jual beli online lebih meluas
Tak dapat disangkal, bahawa ramai yang lebih gemar untuk membeli barang ataupun shopping secara atas talian.
Fashion Valet adalah antara portal jual beli fesyen tempatan, yang menghimpunkan pelbagai produk dan jenama anak tempatan dibawah satu bumbung. Fashion Valet juga antara hub fasyen yang sering kali menjadi pilihan utama rakyat Malaysia, sebagai tanda sokongan terhadap jenama dan produk anak tempatan.
#3 Lancarkan Ekspo #BarangBaikBarangKita
Bagi mempromosikan barangan dan jenama tempatan, banyak ekspo jualan yang bakal dianjurkan bertujuan untuk memperkenal dan memperluaskan produk buatan Malaysia.
Bukan setakat itu, barangan buatan Malaysia juga disasarkan untuk jualan di pasaraya-pasaraya di negara-negara yang berpotensi seperti Jepun, Dubai dan China. Produk-produk jenama tempatan ini akan dipromosikan melalui Program Malaysia Goes Global dan Taste of Malaysia.
#4 Promosi secara besar-besaran KBBM
Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) ini telah dilancarkan yang menghimpunkan pelbagai platform dan medium untuk mempromosikan barangan jenama tempatan dan buatan Malaysia agar lebih meluas.
Syarikat dan organisasi-organisasi juga dialu-alukan untuk bekerjasama dan berkolaborasi untuk menyokong dan mempromosikan barangan Malaysia pada masa yang sama.
Tidak hanya terhad di situ, promosi dan kempen secara papan iklan, iklan televisyen dan juga digital turut dirangka untuk memberikan kesan dan impak yang lebih mendalam terhadap hati rakyat Malaysia sendiri.
Kenapa pentingnya menyokong produk tempatan?
Pelbagai perancangan dan inisiatif telah dijalankan kementerian bagi menanam sikap cintakan barangan tempatan, malah jika direnung kembali banyak produk tempatan yang memiliki kualiti yang setanding dengan produk import.
Jadi, mengapakah kita harus mengetepikan barangan tempatan?
Diharapkan dengan gerakan yang dibuat secara besar-besaran untuk mengutamakan barangan Malaysia ini akan dapat meningkatkan semangat patriotisme rakyat Malaysia, yang secara tidak langsung bakal memberikan dorongan terhadap pengusaha tempatan, untuk menghasilkan #BarangBaikBarangKita yang berkualiti setaraf dengan produk negara luar.
Trending Hangat
Comments
Post a Comment