Umum sedia maklum bahawa sejak penghujung September lepas merupakan musim institusi pengajian tinggi (IPT) mengadakan hari konvokesyen bagi meraikan para graduannya yang telah berjaya menamatkan pengajian.
Pelbagai kisah suka duka dicoretkan sepanjang kejayaan para graduan ini menggengam segulung sijil. Kejayaan tersebut bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan untuk ibu dan ayah yang telah berkorban demi melihat anak-anak naik ke pentas graduasi.
Bapa teringin pakai jubah konvo anak
Bertepatan dengan perkara itu, menerusi laman sosial Twitter siang tadi, satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Aiman Hamizan benar-benar mengundang sebak.
Hal tersebut adalah mengenai momen dimana bapanya menyuarakan hasrat untuk mengenakan jubah konvokesyennya siang tadi.
Tular sejak petang tadi
Walaupun video tersebut memperlihatkan bapanya tersenyum disamping memakai jubah serta topi konvokesyen, rata-rata warganet mengakui sebak dengan situasi itu.
Aiman yang juga graduan dari kolej KDU ini telah memuat naik video tersebut petang tadi dan sehingga kini telah menjangkau lebih 12 ribu RT di laman Twitter miliknya.
Abah pasti bangga dengan kau bro
Oleh hal yang demikian, menerusi posting yang dibuat Aiman itu, ramai warganet telah menurunkan komen yang pelbagai di muat naik tersebut.
Rata-rata daripada mereka mengakui sebak melihat telatah bapa pemuda itu dan ada juga yang berkongsi sitausi sama seperti dihadapi Aiman semasa bergraduasi.
Happy kan dapat pakaikan jubah dekat diorang
Nak nangis wey…
Sumber : Aiman Hamizan, Trending Hangat
Comments
Post a Comment