Air mata lelaki adalah sesuatu yang jarang kita lihat. Mereka dikenali sebagai golongan yang berjiwa besar dan tidak akan menunjukkan kelemahan di hadapan orang lain terutamanya kaum wanita.
Namun, jika sudah mempunyai keluarga dan juga anak-anak, air mata itu merupakan satu lambang kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada orang yang tersayang.
Sebak dan tak boleh tahan emosi
Menerusi satu perkongsian yang dibuat di Twitter, seorang pengguna laman sosial yang bernama Yasmin Sofea telah berkongsi video bapanya menitiskan air mata semasa menjadi wali menggenggam tangan suaminya ketika akad nikah dijalankan.
only God knows how much along love you papa. i will always be ur first little baby daughter. halalkan segalanya untuk along pa. i love u & ur the best papa i could ever have. along sayang papa sangat 😢♥️ pic.twitter.com/8oQM9jw7c3— ياسمين (@YasminSofea) November 5, 2019
Tak pernah nangis dalam apa keadaan sekalipun, tapi…
Menerusi posting yang dibuat Yasmin, dia menjelaskan bahawa bapanya bukanlah seorang yang mudah mengungkapkan rasa sayang, namun dia begitu sebak apabila bapanya tidak dapat mengawal tangis semasa berjabat tangan dengan suaminya sehingga beberapa kali kata-katanya terhenti.
Mesti ayah sedih nak lepaskan anak perempuan
Perkongsian yang begitu sebak ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet yang rata-rata turut terkesan dengan video tersebut. Mereka juga turut menzahirkan rasa terharu apabila melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh bapa Yasmin walaupun tidak mengungkapkannya secara terus.
Tengok video pun dah berjurai air mata
Tak semua dapat peluang merasainya
Sumber : YasminSofea, TRENDING HANGAT








Comments
Post a Comment