Anak keluar pasir, batu & paku masa buang air, ibu sedia maafkan penyihir

Baru-baru ini, Nur Izzati Afiqah Hussian berdepan dengan penyakit misteri yang tidak dapat dijawab di Kampung Gaung, Tendong di Pasir Mas, Kelantan.
Disebabkan perkara itu, rumahnya berterusan menerima kunjungan pengamal perubatan Islam dan tradisional ekoran simpati dengan nasib wanita tersebut.

“Majoriti mereka memberitahu saya terkena ilmu hitam iaitu disihir berdasarkan beberapa tanda termasuk keadaan fizikal yang membesar secara drastik sedangkan rutin pemakanan saya sama seperti mereka yang normal.

“Saya juga dilawati pihak klinik beberapa hari lalu dan hasil pemeriksaan kesihatan yang dijalankan, semuanya normal,” katanya.

Wanita berusia 29 tahun itu yang merupakan bekas tenaga pengajar sebuah kolej di Melaka turut diziarahi rakan-rakan serta bekas gurunya dengan meluahkan rasa simpati.
Berat badan Nur Izzati Afiqah asalnya hanya 150 kilogram (kg), tetapi naik secara mendadak sebanyak 300 kg dalam masa tiga bulan.
Itu  menyebabkan dia tidak mampu bangun dan perlu bergantung kepada ahli keluarga untuk menguruskan termasuk ketika buang air.
Afiqah juga kerap mengeluarkan pasir, batu serta paku ketika buang air kecil dan besar malah sering tidak sedarkan diri sehingga memaksa ahli keluarga memanggil imam atau ustaz untuk memulihkannya semula.
Namun ada sedikit perubahan apabila fizikalnya mulai ‘mengecut’ sejak kebelakangan ini dan perkara itu diakui ibunya, Maheran Daud yang menguruskannya setiap hari.

“Jika benar anak saya disihir, kami tidak mahu ambil tahu siapa yang bertanggungjawab dan sedia memaafkannya, sebaliknya apa yang penting bagi kami sekarang adalah kesembuhan buat Afiqah.

“Selain sedih melihat keadaannya, kami juga berdepan dengan kekangan kewangan kerana perlu menyediakan lebih RM2,000 sebulan untuk kegunaannya..

“..iaitu pengalas cadar, krim tubuh untuk mengelakkan kulitnya berkudis, plaster penampal dan beberapa peralatan lain lagi yang digunakan setiap hari,” ujarnya.

Sumber : Harian Metro. Trending Hangat

Comments