Bagi segelintir individu yang membawa gelaran ‘Datin’, mereka pasti mengambil berat tentang aspek jenama mewah dalam kehidupan seharian terutama perihal penampilan.
Namun bagi pelakon Zizie Izzette, meskipun dia amat mementingkan aspek pemakaian anak-anaknya akan tetapi dirinya lebih memilih gaya kehidupan yang sederhana.
“Biarpun baju tak mahal, tak ada brand sekalipun. Janji nampak rapi & kemas. Honestly, kalau saya nampak baju harga RM10 pun saya akan beli kalau baju tu cantik,” katanya.
Pelakon yang berusia 41 tahun itu berkata, dia sama sekali tidak kisah sekiranya pakaian tersebut murah asalkan menepati citarasanya.
Tambahan pula, dengan keadaan ekonomi yang tidak seberapa mereka sekeluarga perlu berjimat-cermat untuk perkara yang lebih penting seperti barang persekolahan anak-anaknya.
Posting tersebut telah menerima pelbagai reaksi netizen dan kebanyakkannya menyokong tindakan pelakon drama Emil Emilda itu.
Biar kaya asalkan nampak biasa2
Sediakan payung sebelum hujan
Setuju sangat sis!
Yang penting nampak cantik dan kemas
Betul tu! Biarlah nampak biasa-biasa je asalkan kita tak berbelanja diluar kemampuan dan tak membazir. Kita kena ukur baju di badan sendiri, barulah hidup pun bahagia.
Sumber : Zizie Izette, Trending Hangat
Comments
Post a Comment