Sejak kebelakangan ini, ada sahaja kes melibatkan pemandu mabuk yang mengakibatkan kemalangan jalan raya. Bukan itu sahaja, pemandu kenderaan yang tidak bertanggungjawab ini turut menyebabkan orang awam cedera dan ada juga dilaporkan meninggal dunia.
Perempuan mabuk langgar lori sampah
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh Darul Naim di laman Facebook Info Kemalangan/Kecelakaan , seorang wanita yang berada dalam keadaan mabuk dipercayai baru pulang dari kelab malam telah melanggar sebuah lori sampah dan mengakibatkan seorang pekerja pembersihan tercedera.
Melalui gambar-gambar yang tular, pekerja tersebut kelihatan parah dan berlumuran darah memandangkan diremuh dengan kuat oleh kenderaan wanita tersebut.
Cedera di bahagian kaki
Pekerja pembersihan itu berkemungkinan mengalami kecederaan teruk di bahagian kaki apabila dirempuh kereta Axia milik wanita mabuk itu.
Bahaya memandu dalam pengaruh alkohol
Sehubungan dengan penularan berita tersebut, rata-rata netizen turut sama mengecam wanita itu yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan masalah dijalan raya.
Buat masa ini, siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti kesahihan berita tersebut dan mangsa kemalangan tersebut dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Salahkan individu jangan bangsa
Mabuk biasa terlepas kot…
Sumber : Info kemalangan/ kecelakaan, Trending Hangat
Comments
Post a Comment