Bapa basuh kereta tak tutup pagar, anak kecil keluar main basikal dirempuh kereta


Sejak semalam, tular sebuah rakaman CCTV memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dilanggar sebuah kereta sejurus keluar daripada rumahnya.
Dapat diperhatikan menerusi video tersebut, kelihatan pagar di rumah berkenaan terbuka luas, sebelum kanak-kanak malang itu keluar bersendirian menaiki basikal sebelum dirempuh sebuah kereta.

Mak ayah tak perasan anak keluar…

Kelihatan, bapa kepada mangsa berada di luar rumah dipercayai sedang mencuci kereta, sementara si ibu berkemungkinan berada di dalam rumah membuatkan mereka tidak sedar anak kecil keluar bermain basikal.
Kejadian berlaku dengan agak pantas, kereta yang melalui kawasan tersebut tidak sempat memberhentikan kenderaan sebelum melanggar kanak-kanak itu.

Ibu bapa tolong jangan cuai…

Menyedari ada pelanggaran berlaku, ibu bapa mangsa dan jiran-jiran yang berdekatan bergegas berlari ke arah mangsa untuk melihat keadaannya.
Perkara seperti ini boleh dielakan jika kedua ibu bapa lebih peka dengan keadaan sekeliling yang berisiko mengundang bahaya kepada anak-anak, terutama yang masih lagi kecil.

Sumber : Penangkini, Trending Hangat

Comments