Bawa lori terhuyung-hayang langgar kereta, pemandu mabuk kantoi buang tin arak

Sejak akhir-akhir ini, banyak kes kita dengar mengenai tragedi kemalangan, yang berpunca daripada pengambilan minuman keras oleh pemandu tidak bertanggungjawab, mereka bagaikan tidak mengendahkan undang-undang yang ditetapkan.
Terbaru, gelagat seorang pemandu mabuk berjaya dirakam oleh seorang pengguna jalan raya, memaparkan lori yang dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang sehingga melanggar sebuah kereta.

Terhuyang-hayang sampai langgar kereta lain

Berdasarkan perkongsian yang dibuat di Facebook, pemandu lori tersebut disyaki membuang plastik putih berisi tin minuman keras daripada luar tingkap.

Kantoi buang tin arak…

Helah pemandu tersebut terbongkar selepas ada saksi berjaya menemukan tin arak tersebut, tidak jauh daripada kawasan kemalangan berlaku.

Haramkan jer arak dekat Malaysia

Geram melihat sikap pemandu mabuk tersebut, rata-rata netizen mengeji tindakan mengambil minuman minuman keras ketika memandu. Malah, ada yang mencadangkan agar mengharamkan minuman tersebut di Malaysia.

Makin hari makin kerap isu pemandu mabuk

Haramkan ajer arak dekat Malaysia…

Bayangkanlah, disebabkan sikap pentingkan diri itu, boleh mengakibatkan banyak nyawa yang tidak berdosa akan terkorban. Jalan raya bukanlah kegunaan persendirian, justeru berwaspadalah dan fikir akan keselamatan pengguna lain.

Sumber : Mohamed Hizami Mohamed Nor, Trending Hangat

Comments