Bekas ‘drummer’ Ukays terkorban di Syria bersama isteri & anak2

Mungkin ramai yang masih mengingati lagu-lagu dendangan kumpulan rock era 90-an iaitu Ukays yang popular dengan lagu seperti Disana Menanti, Disini Menunggu, Si Jantung Hati dan banyak lagi.
Namun salah seorang daripada ahli kumpulannya diketahui telah pergi  berjihad di Syria. Akel Zainal yang merupakan  drummer kumpulan Ukays telah pergi ke Syria bersama anak dan isterinya menjadi salah seorang daripada kumpulan militan negara Islam.

Isteri & anak2 juga maut

Akan tetapi, Akel dan seorang lagi temannya dilaporkan maut terkena serangan bom udara Rusia hingga isteri dan anak-anaknya turut maut.
Menerusi Mstar Online memetik daripada media BenarNews, Akel telah dilaporkan meninggal dunia pada awal tahun ini bersama seorang lagi perekrut utama militan dari Malaysia.

Rekrut wanita ke Syria

Sebelum ini, khabar angin mengatakan bahawa Akel telah menyertai kumpulan militan negara Islam mulai tersebar apabila giat mengrekrut golongan wanita muda terutamanya pelajar Institut Pengajian Tinggi tempatan untuk ke Syria.
Selain itu, tiga rakyat Malaysia bergelar pemimpin kanan kumpulan militan  yang turut mempunyai peranan penting menyebarkan propaganda dan meneruskan usaha pengkaderan di Asia Tenggara juga terbunuh dalam serangan  udara tersebut.
Sumber : Mstar Online, Trending Hangat

Comments