Permasalahan lif rosak sudah tidak asing lagi dalam kalangan penduduk rumah flat. Namun apabila beberapa membuat aduan, barulah pihak pengurusan ‘turun padang’ bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Baru-baru ini, seorang warga emas, Ng See Som sanggup mengupah seorang kanak-kanak bagi memimpin tangannya untuk menaiki tangga ke rumahnya di tingkat 11 di Flat Pangsapuri Seri Sena, Kangar kerana lif rosak sejak beberapa bulan lalu.
Bekas guru tersebut tinggal seorang diri dan terpaksa mengeluarkan wang untuk memastikan keselamatannya terjamin.
Setiap kali beliau ingin menggunakan tangga, warga emas yang berusia 78 tahun itu akan memberikan kepada kanak-kanak berkenaan RM 3 sebagai upah.
“Keadaan usia saya yang sebegini menghalang saya untuk menggunakan tangga seorang diri kerana sangat bahaya.
“Saya berharap pihak berkuasa menyelesaikan masalah ini secepat mungkin bagi memastikan perkara tidak diingini berlaku,” ujarnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Asrul Nizan Abd Jalil menggesa pihak berwajib melakukan pembaikan segera bagi memastikan penduduk mendapat keselesaan sewajarnya.
Takkan nak baiki guna duit masjid
Kerajaan perlu mengambil peranan
Pihak pengurusan sering ambil mudah
Memilih tender yang mahal
Sumber : Sinar Harian, Trending Hangat
Comments
Post a Comment