Satu kejadian malang menimpa seorang kanak-kanak lelaki, Ifra Mikayla yang dihempap sebuah fasiliti senaman ketika berada di taman permainan.
Sewaktu kejadian itu berlaku, double pendulum telah menimpa budak berkenaan dalam sekelip mata sehingga menyebabkan kecederaan teruk pada bahagian dahi.
Ibu kepada kanak-kanak terbabit, Safika Sahri telah memuat naik sebuah posting di laman Facebook berkenaan dengan kejadian tersebut.
“Ifra Mikayla kuat ya sayang? InsyaAllah mama akan lawan kes ni utk kayla ya? Untuk peringatan semua..
“..hati2 la jika bawa anak2 ke tempat macam ni. Jangan leka walaupun sesaat sebab nanti kita yang mnyesal. Biar anak menangis, jangan kita yang menangis,” katanya.
Dia berasa kesal dengan kejadian yang menimpa anaknya itu ketika mereka sedang meluangkan masa bersama di taman permainan Kampung Melayu Kluang, Johor.
Posting tersebut menerima pelbagai komen netizen dan rata-ratanya memberikan kata-kata semangat buat mereka sekeluarga terutamanya kanak-kanak terbabit.
Semoga korang sekeluarga kuat
Ya Allah! Semoga cepat sembuh!
Be strong!
Siannya! Semoga tak ada yang serius
Bahaya betul kalau terjadi kecederaan pada bahagian kepala macam ni. Semoga adik Ifra Mikayla diberi kesembuhan dengan cepat.
Sumber : Safika Sahri, TRENDING HANGAT
Comments
Post a Comment