Pelakon Sharnaaz Ahmad yang kini masih berdepan dengan kemelut rumah tangga mengaku terlalu rindukan anaknya, Jebat Jayden.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Sharnaaz meluahkan perasaan sedih merasakan dirinya semakin berjauhan dengan anak kesayangannya itu. Terkilan dengan pihak yang ingin memisahkan mereka.
Terdahulu, Sharnaaz memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila. Menurut Sharnaaz, dia bertindak memfailkan permohonan berkenaan untuk memperbetulkan keadaan serta spekulasi yang diperkatakan mengenai rumah tangganya. Kemudian pada tanggal 6 November lalu, mahkamah memutuskan pasangan ini perlu ke peringkat seterusnya iaitu hakam selepas gagal mencapai penyelesaian dalam jawatankuasa pendamaian (JKP) yang sebelum ini dilantik.
Sama-sama kita doakan semoga kedua-dua pihak dapat menemui jalan penyelesaian terbaik. Kesian dengan anak yang masih tidak tahu apa-apa dan turut memerlukan kasih sayang ibu dan bapa dengan sama rata.
Sumber Berita : Astro Gempak, Trending Hangat
Comments
Post a Comment