Sejak 4 November 2019, perbicaraan kes bunuh dan dera pelajar Universiti Pertahanan Awam (UPNM), Zulfarhan Osman telah memperdengarkan soal jawab peguam dengan tertuduh.
Mewakili rakan-rakan sekali
Menerusi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, salah seorang daripada enam suspek yang didakwa melakukan penderaan dan pembunuhan iaitu Muhammad Azamuddin Mad Sofi, 23 telah memohon maaf terhadap keluarga Zulfarhan.
Hal tersebut berlaku selepas peguamnya, Amer Hamzah Arshad bertanyakan sama ada mahu berkata sesuatu kepada keluarga arwah.
“Saya mewakili sahabat-sahabat saya memohon maaf atas apa yang berlaku.” katanya dalam keadaan sebak.
Seperti seutas tasbih, ada permulaan tiada pengakhiran
Menerusi Sinar Harian, Azamuddin juga telah menjelaskan bahawa dia dan Zulfarhan merupakan sahabat baik dan meyifatkan perhubungan mereka seperti seutas tasbih yang ada permula namun tiada penghujungnya.
Reaksi ibu kepada Zulfarhan ternyata sebak dan tidak dapat mengawal air mata untuk tumpah selepas mendengar kenyataan daripada tertuduh.
Sekadar nak menggertak arwah
Tambah Azamuddin lagi, dia tidak menekap seterika wap itu di anggota badan Zulfarhan dan hanya melalukan sahaja seterika itu di bahu dan peha arwah. perkara tersebut dilakukan hanya untuk menggertak arwah sahaja.
“Ketika saya melakukan perbuatan itu saya langsung tidak tahu ia mampu mendatangkan kecederaan kepada Zulfarhan kerana pada ketika itu jelas tiada kesan pada Zulfarhan dan saya tiada niat untuk mencederakan (Zulfarhan), jauh sekali untuk saya melakukan pembunuhan.”
Dia rindu keluarga…
Azamuddin juga memberitahu bahawa semasa Zulfarhan terlantar menanggung kesakitan, dia ada menyatakan bahawa merindui keluarganya dan ingin bertemu serta memohon maaf kepada mereka.
“Dia cakap Along rindu mak dan ayah, saya cakap kalau rindu call lah, tapi dia cakap tak apa aku tak nak menyusahkan mak ayah aku, mak aku sakit. Saya rasa pelik kenapa tiba-tiba dia cakap macam itu.”
Perbicaraan yang dijalankan dari 4-7 November ini adalah bagi mendengar pembelaan diri daripada kesemua tertuduh yang didakwa atas kesalahan membunuh, bersubahat dan juga mendatangkan kecederaan kepada Zulfarhan Osman sehingga menyebabkan kematiannya.
Sumber : Sinar Harian, TRENDING HANGAT
Comments
Post a Comment