Dilanggar wanita balik ‘clubbing’, kaki pekerja pembersihan kini terpaksa dipotong


Susulan daripada kes pekerja lori sampah sebuah syarikat pembersihan yang dilanggar seorang pemandu wanita, di Jalan Anson, Georgetown pada Jumaat lalu.
Media melaporkan, akibat daripada kecederaan parah yang dialaminya, doktor memaklumkan kaki mangsa terpaksa dipotong hingga paras paha.

Mangsa berada dalam keadaan stabil

Meskipun kakinya tidak dapat diselamatkan, namun keadaan mangsa dikhabarkan sudah beransur stabil dan masih lagi dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Tidak mabuk masa langgar

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, pihak polis menolak dakwaan bahawa wanita yang melanggar pekerja pembersihan berada di bawah pengaruh alkohol, ketika insiden berlaku.
Mempunyai lesen memandu dari negara asal, wanita terbabit yang merupakan warga asing, bagaimana pun akan disiasat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai status lesen tersebut.
Sumber : Sinar Harian, Trending Hangat

Comments