Ramai yang beranggapan apabila gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), masa depan seseorang itu akan menjadi kelam. Ada juga yang berpendapat bahawa golongan ini tidak hidup senang dan mewah, seperti orang-orang yang menyambung pelajaran di peringkat yang tertinggi.
Tanggapan dan spekulasi yang sering bermain dalam minda masyarat ini, telah berjaya dipatahkan dan dibuktikan salah oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Shah. Shah berkongsikan kisah hidup yang dahulunya gagal SPM, namun kini telah bangkit dan mempunyai pekerjaan yang agak menyeronokkan.
Sekarang jadi penterjemah untuk artis K-POP!
Bagi peminat-peminat gelombang K-POP terutamanya kumpulan-kumpulan yang sedang hits (idol), pastinya akan memasang impin untuk menjadi krew yang terlibat dalam pembikinan konsert-konsert artis pujaan mereka. Dalam bebenang yang ditulis oleh Shah ini sendiri, dia berkongsikan pengalaman dan permulaan kerjayanya sebagai seorang penterjemah.
Hi~! Harini Shah nak share macam mana Shah dapat kerja as translator/interpreter for BLACKPINK, WINNER, iKON etc walaupun Shah fail SPM looollll
Siapa sudi nak dengar angkat tangan
8,430 people are talking about this
Mula2 buka syarikat design sendiri
Tapi perniagaan tak menjadi, gelombang k-pop bermula
Mula belajar bahasa korea!
Dapat tawaran untuk bekerja di Korea
Semeja dengan duta besar Korea
Lepas 6 bulan pindah ke Seoul
Jadi pemandu dan penterjemah pelancong Malaysia
Kawan tawar untuk jadi penterjemah di konsert
Pengalaman pertama bekerja
Kerja memang tertekan, tapi seronok
Kebanyakan staf dan artis sangat baik
Selalu jadi penterjemah artis dan sound director!
Cerita yang disampaikan oleh Shah ini, menunjukan bahawa selagi seseorang itu bertawakal dan berusaha, tiada apa yang mustahil. Pastinya ramai gadis-gadis dan peminat K-pop cemburu dan bercita-cita untuk bekerjaya seperti Shah, kan?
Sumber: Asoshiation, TRENDING HANGAT



Mula belajar bahasa korea!

Lepas 6 bulan pindah ke Seoul

Pengalaman pertama bekerja



Comments
Post a Comment