Elfira Loy Akui Masih Tersasul Bahasakan Diri Kakak

Baru saja menimang cahaya mata sulung pada 1 Oktober lalu, sudah pasti ianya pengalaman indah buat Elfira Loy dan suami, Faris Khairol Anuar. Malah, ramai peminat tidak melepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan pasangan itu setiap hari.
Baru-baru ini, Elfira ada berkongsikan fotonya bersama Muhamad Rayyan Khalaf melakukan pemeriksaan kesihatan. Perkongsian tersebut mendapat perhatian rakannya yang seakan tidak percaya Elfira sudah pun bergelar seorang ibu.

Elfira membalas komen rakannya, dia juga tidak percaya bahawa kini sudah menjadi ibu dan mengakui  masih tersasul membahasakan dirinya sebagai kakak. Malah, Elfira turut memuat naik satu gambar berserta kapsyen lucu memanggil dirinya kakak.
Pengakuan Elfira itu ternyata membuatkan ramai peminatnya terhibur, malah ada yang berkongsikan kisah mereka di mana mereka juga melalui pengalaman sama sewaktu pertama kali menimang cahaya mata.
Namun, ada yang mengatakan Elfira dan anaknya seperti adik dan kakak melihatkan penampilan pelakon itu yang kelihatan cantik dan masih muda

Trending Hangat

Comments