Setelah beberapa tahun bersendiri, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein semalam mengesahkan dirinya dirisik keluarga teman lelaki dalam majlis kecil-kecilan. Majlis merisik yang dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak ini untuk memberi ruang mengenali dengan lebih dekat.
Menerusi Instagram, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina memuat naik beberapa keping foto sekitar majlis. Berseri-seri!
Setia menemani
Seri bakal pengantin
Izinkan aku merasa detik ini. Dalam memenuhi impian majlis merisik kami sekeluarga, dalam masa yang sama ada juga pihak yang sedang mencari rezeki dan sedang mendaki untuk mencipta nama serta melebarkan sayap dalam bidang masing-masing. Dengan adanya majlis, sudah pasti ada kaitan dengan para peniaga. Dengan erti kata lain, setiap majlis pasti ada juga rezeki org lain. Jutaan terima kasih buat team #MerisikCintaAzlanElly diatas kerjasama ini. Semoga Impian kita semua tercapai.. Doa saya buat kalian semoga terus berjaya dalam perniagaan anda. Lebarkan sayapmu.
Menerusi Berita Harian, Elly Mazlein memberitahu acara merisik dilakukan lebih kepada adat. Terharu pertama kali merasai pengalaman ini, Elly berterima kasih kepada bakal suami dan keluarga kerana menerima dirinya seadanya. Malah, penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini berasa sangat dihargai.
Belum bersedia berkongsi identiti bakal suami, Elly Mazlein berkata akan menjemput media dan rakan-rakan lain pada majlis pertunangan, majlis berinai yang berkonsepkan Cik Siti Wan Kemban, majlis akad nikah dan resepsi yang akan diberitahu kelak.
Sumber : Iamellymazlein, Trending Hangat
Comments
Post a Comment