Setiap manusia pasti mempunyai sejarah lampau yang tersendiri. Bagitu juga Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Terbaru, menerusi Twitter Syed Saddiq, beliau membuat pengakuan bahawa individu di dalam sebuah foto yang sedang berhibur bersama beberapa orang itu merupakan dirinya. Namun, foto tersebut diambil pada tahun 2013.
Tissue tak terkoyak ke?
Menerusi Twitter, foto Syed Saddiq dan beberapa orang individu sedang berhibur sekali lagidimuat naik. Pemilik Tweet tersebut juga menulis dirinya bukan hendak membuka semula perkara yang lama tetapi ingin mengetahui mengenai isu terbaru berkaitan Papagomo dan Syed Saddiq.
Semua orang ada sejarah
Menerusi Twitter Syed Saddiq, beliau memberitahu bahawa setiap individu pasti mempunyai sejarah lampau. Tambahnya, manusia tidak mampu mengubah masa lalu kecuali masa hadapan. Syed Saddiq turut memberitahu bahawa dirinya tidak ingin menipu netizen sambil menceritakan foto tersebut diambil pada tahun 2013.
Berjoget kena betul-betul, berkhidmat pun sama
Orang lain pun manusia juga
Rata-rata netizen memberikan pujian buat Syed Saddiq kerana bersikap jujur mengenai foto tersebut. Pada masa yang sama, mereka turut terhibur dan meninggalkan komen yang lucu buat Menteri Belia dan Sukan itu.
Sumber: Syed Saddiq
Comments
Post a Comment