‘Ghaib’ dari industri muzik, foto Malique Too Phat dirakam orang awam

Umum sedia maklum bahawa di hujung tahun 90an, industri muzik Tanah Air telah diperkenalkan dengan aliran muzik hip hop yang seakan menjadi fenomena sehingga ke hari ini.
Antara pelopor kepada kebangkitan muzik tersebut adalah  kumpulan Too Phat yang dianggotai oleh Johan Ishak ( Joe Flizzow) dan Malique Ibrahim (Malique).

Jumpa Malique dekat luar?

Lagu-lagu mereka telah menjadi siulan ke hari ini walaupun kedua-dua figura tersebut sudah membawa haluan masing-masing. Joe Flizzow dilihat masih kukuh dalam industri muzik namun Malique memilih untuk bekerja di sebalik tabir dan hilang dari industri muzik walaupun karyanya masih ditagih oleh artis-artis baru Tanah Air.
Namun begitu, sejak semalam, gambar terkini  yang didakwa Malique Ibrahim telah tular di Facebook selepas seorang individu memuat naik posting itu di laman sosial tersebut.
Sebelum ini, Malique telah mengambil keputusan untuk tidak muncul lagi di mana-mana kaca televisyen ataupun umum selepas dia dan Joe Flizzow mengambil langkah bergerak secara berasingan.
Walau bagaimanapun, karya Malique masih lagi menjadi fenomena sehingga ke hari ini dan dinyanyikan oleh artis-artis terkini.

Rindu Mr. General

Menerusi ruangan komen posting tersebut, rata-rata netizen memberikan pelbagai maklum balas mengenai gambar yang dimuat naik.
Jujur, mereka amat merindui figura yang digelar Mr. General itu kembali namun mereka sedar bahawa Malique sudah mengambil keputusan dan meminta orang ramai menghormati pendirian tersebut.

Too Phat tak akan kembali

Gambar tahu lepas?

Sumber : Mohd Zubaidi, TRENDING HANGAT

Comments