Giliran rakyat Thailand pula ‘jatuh cinta’ lihat wajah kacak Syed Saddiq di TV

Semalam merupakan hari bersejarah buat negara apabila berjaya menumpaskan pasukan bola sepak Thailand di stadium keramat Bukit Jalil.
Jaringan daripada Brendan Gan dan juga Sumareh telah meletakkan Malaysia di depan dengan membawa enam mata untuk empat perlawanan saingan kelayakkan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia 2023.

Handsome la menteri Malaysia

Namun begitu, disebalik kehebatan pasukan Malaysia membenam Gajah Perang, lensa kamera telah beberapa kali menangkap kelibat Menteri Belia dan Sukan Negara iaitu YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Kehadiran Syed Saddiq di Stadium Nasional Bukit Jalil itu telah berjaya menarik perhatian netizen-netizen dari Thailand apabila ada pihak yang menanyakan mengenai menteri muda tersebut di Twitter.

Kacak dan muda YB kita ni

Mereka telah memuji penampilan ahli Parlimen Muar itu yang telihat kacak dan muda. Oleh hal yang demikian, beberapa ciapan telah dibuat menerusi komen posting tersebut yang menjelaskan siapa sebenarnya menteri tersebut.

Giliran Thailand pula

Sebelum ini, rakyat Indonesia juga turut menyuarakan perkara sama apabila melihat Syed Saddiq di stadium. Mereka juga memberikan pujian  kerana Malaysia mempunyai seorang menteri muda yang bertindak memimpin golongan belia agar lebih positif.

Kacak jugak menteri kita

Sehubungan dengan itu, posting daripada warga Twitter tersebut telah dihujani dengan balasan komen daripada rakyat Malaysia. Rata-rata mereka telah memaklumkan bahawa Syed Saddiq adalah menteri di Malaysia dan ada juga yang turut mengatakan sudah menjangka perkara tersebut akan terjadi.

YB tengok ni peminat Siam da sampai

Sebelum ni Indonesia


Sumber : Kwan19130, Trending Hangat

Comments