Semakin bahagia, itulah yang boleh diungkapkan mengenai kehidupan selebriti jelita Elfira Loy selepas mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Kebiasaannya, pelakon berusia 25 tahun itu tidak memaparkan wajah penuh anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf di IG miliknya.
Habis pantang tayang wajah anak
Tetapi, sempena dengan habis berpantang selama 44 hari, El buat pertama kalinya menunjukkan wajah anak sulungnya itu, dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Nampaknya, selepas habis berpantang ini mungkin Elfira akan mula kembali aktif dalam dunia lakonan, berbezanya kini, dia terpaksa berbahagi masa antara anak dan kerjaya.
Comel seperti ibunya, rata-rata pengikut di Instagram memuji wajah anak lelaki kepada pelakon cantik itu, menyifatkan putera sulungnya saling tak tumpah seperti bapanya.
Bahagia lihat kehidupan Elfira, semoga dapat menjadi ibu yang baik dan berjaya membesarkan anak menjadi insan yang soleh.
Sumber : Elfira Loy, Trending Hangat
Comments
Post a Comment