Harimau jinakkan gajah, Malaysia kutip 3 mata benam Thailand di Bukit Jalil

Corak permainan cantik dan juga kerjasama sepasukan telah membuatkan Malaysia berjaya menundukkan pasukan Thailand dalam kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan juga Piala Asia.

Ketinggalan di awal permainan

Harimau Malaya yang pada awalnya telah ketinggalan 1-0 apabila gol tuan rumah digegarkan oleh pemain Thailand, Chanathip Songkrasin.
Namun, Malaysia  berjaya merapatkan kedudukan dengan jaringan daripada Brendan Gan sebelum tamatnya permainan masa pertama dan menjadikan kedudukan 1-1.

Kedudukan kekal hingga masa penamat

Selepas perlawanan berehat selamat 15 minit, pasukan Malaysia seakan menemui rentak sebenar dengan meyumbat satu lagi gol pada babak kedua perlawanan dan memperlihatkan Malaysia mendahului dengan 2-1.

Enam mata dalam 4 perlawanan

Keputusan perlawan kekal sehingga wisel penamat seterusnya membuatkan Malaysia mendahului dengan 2-1 untuk perlawanan di Bukit Jalil ini.
Perkara tersebut membuatkan Malaysia memperoleh tiga mata dan pasukan kendalian Tan Chen Hoe memperoleh enam mata dalam empat perlawanan.
Sumber : Harian Metro, Trending Hangat

Comments