Idamkan Percutian Ke Australia Tapi Takut Bajet Lari? Ini 5 Tempat FREE Korang Boleh Terokai!


Bestnya tengok orang melancong ke Australia.. Bilalah aku dapat melancong kat sana juga?
Siapa je yang tak mengimpikan percutian ke benua ni. Negara yang dikenali dengan tarikan alam semula jadi, seni bina yang memukau dan haiwan yang tak boleh ditemui di Malaysia.
Rasanya ni bukan kali pertama kami berkongsi tentang Australia dengan pembaca kan? Kali ni, kami ada something special nak kongsi iaitu tempat yang korang kena lawati bila berkunjung ke Australia Barat, tanpa perlu keluarkan kos yang tinggi, ada zon waktu yang sama dengan Malaysia. Paling penting, tempat tu worth it!

1. Pantai Cottesloe

Salah satu daripada 19 pantai pasir putih yang terdapat di Perth, Australia, Pantai Cottesloe merupakan salah satu tempat yang popular untuk korang yang sukakan aktiviti pantai. Bukan je boleh bermain air di pesisir pantai, korang juga boleh berenang, snorkelingsurfing dan menikmati keindahan matahari terbenam.
Sekeliling pantai ni ada banyak restoran dan kafe yang menarik korang boleh cuba. Nak ke Pantai Cottesloe ni korang boleh menyewa kereta, bas atau naik kereta api dari Perth.

2. Fremantle’s Rainbow Container

Daripada bangunan bersejarah dan street art yang menarik, Fremantle, Perth sememangnya salah satu destinansi yang korang wajib pergi bila berada di Australia. Salah satu tempat yang selalu menjadi tumpuan ialah Fremantle’s Rainbow Container.
Nampak familiar kan tempat ni? Peminat drama Melayu, korang mesti akan perasan drama popular, Jangan Benci Cintaku, lakonan Zahirah McWilson dan Shahrul Ridzuan, ada shoot kat sini. Rugi tau kalau datang tak ambik gambar!

3. Bells Rapids, Brigadoon

Jom terokai aliran air terjun di sepanjang Sungai Avon. Tempat ni popular sebagai kawasan berkelah. Nak akses ke kawasan ni, korang kena melalui jalan kerikil yang menuju ke kawasan jeram.
Kalau bernasib baik, korang berpeluang untuk lihat habitat kanggaru berwarna kelabu yang hanya keluar pada waktu-waktu tertentu.

4. Lancelin Sand Dunes

Nakkan lebih pengembaraan? Jom cuba sand surfing di Lancelin Sand Dunes yang terletak di bahagian Utara Perth. Kat sini, korang boleh rasai pengalaman meluncur pasir pada ketinggian 45 darjah. Memang seronoklah!
Dari puncak Lancelin Sand Dunes, korang boleh nikmati panorama Lancelin dan kawasan sekitarnya. Kawasan pasir sepanjang 2 kilometer ni semestinya memberikan korang pengalaman baru melakukan aktiviti luncur pasir dan menyaksikan matahari terbenam. Untuk ke Lancelin, korang hanya perlu memandu 1.5 jam daripada Perth.

5. Yagan Square

Dah puas menikmati keindahan alam? Jom singgah Yagan Square, sebuah pusat perniagaan paling popular di bandar Perth yang terletak di kawasan Jambatan Horseshoe antara Wellington Street dan William Street.
Kat sini, korang boleh chill untuk ambil gambar kerana rekaan bangunannya yang menarik. Selain tu, korang boleh dapatkan cenderamata atau try kafe yang ada kat situ.

Inginkan percutian yang selesa ke Australia Barat? Jom terbang dengan Malaysia Airlines, tiket bermula RM1,299!

Siapa kata nak ke Australia perlukan modal yang banyak? Kalau korang pandai pilih tempat, percutian korang semestinya lebih seronok dan menjimatkan. Kalau korang nak tau perjalanan ke Australia Barat ni hanya memakan masa 5.5 jam je tau. Takdela lama sangat korang kena berada atas flight!
Rasai perjalanan yang menyeronokkan ke Australia dengan Malaysia AirlinesBukan saja selesa, malah korang juga dapat menikmati promosi yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan terkemuka ni.
Tahun 2019 pun dah nak habis. Sekaranglah masanya nak rancang percutian korang untuk next year dan semestinya Perth ialah lokasi terbaikLagipun kadar tukaran mata wang Australia Dollar (AUD) dan Ringgit Malaysia tak banyak sangat beza. So, memang berbaloilah kalau bercuti ke sana!
Nak tau lagi tempat menarik yang ada di Australia Barat, korang boleh layari laman web Tourism Western Australia atau Malaysia Airlines. Kat sini, mereka ada share banyak  info menarik tentang Australia Barat yang semestinya memudahkan percutian korang!
Jom tempah tiket ke Perth, Australia dengan Malaysia Airlines!

trending hangat

Comments