Jadi mangsa perebutan anak, budak lelaki meraung dalam kereta tak nak ikut ibu

Petang semalam, telah tular beberapa video yang menunjukkan berlaku sedikit kekacauan di hadapan sebuah sekolah di Cyberjaya.

Budak menjerit minta tolong

Video-video yang tular itu memperlihatkan seorang kanak-kanak meminta tolong di dalam sebuah kereta hingga menyebabkan orang awam di kawasan itu tampil menghulurkan bantuan.
Pada awalnya, sumber mengatakan bahawa orang ramai menyangka kanak-kanak itu telah diculik. Namun, selepas mendengar penerangan yang berlaku dalam kekalutan itu rupanya kanak-kanak tersebut enggan mengikuti ibunya.
Video Player
00:00
00:30

Mak bapak rebut anak

Namun begitu, keprihatian ibu bapa yang turut sama berada di hadapan sekolah tersebut harus dipuji kerana bersama-sama membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Selepas dibawa untuk berbincang, akhirnya diketahui bahawa perkara tersebut adalah berkaitan perebutan hak jagaan anak antara bapa dan juga ibu kanak-kanak lelaki itu.
Video Player
00:00
00:11

Kereta orang awam pun sampai rosak

Suasana genting tersebut membuatkan hadapan Sekolah Kebangsaan Cyberjaya tersebut agak sesak memandangkan beberapa buah kereta cuba menghalang kereta ibu kanak-kanak itu dari beredar sehingga mengalami kerosakkan.

Tahniah warga Cyberjaya

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan maklum balas yang pelbagai di ruangan komen Facebook sumber.
Ada sebahagian daripada mereka menasihati agar masalah keluarga tersebut perlu diselesaikan secara matang dan ada juga yang memuji keprihatinan orang awam yang bertindak pantas bagi mengelakkan perkara tidak diingini terus berlaku.

Meleleh air mata tengok budak tu

Bincang elok-elok tak boleh ke?

Sumber : Cyberjaya Info, Trending Hangat

Comments