Jadikan Alyah Bahan Usikan Di Pentas GV, Nabil Ahmad Mohon Maaf Secara ‘Live’

Penonton setia rancangan Gegar Vaganza pastinya sudah mengetahui gelagat pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang sering dilihat mengusik juri tetap Datuk Ramli MS dengan isterinya Datin Alyah. Sebelum ini Alyah dilaporkan pernah berkata dia tidak terasa hati mahupun menyimpan dendam terhadap segala usikan mereka selama rancangan itu berlangsung sejak dari musim pertama lagi.


Namun semalam, dalam siaran langsung rancangan itu Nabil telah memohon maaf secara terbuka di hadapan Alyah ekoran tindakannya yang sering mengusik penyanyi terkenal itu sebelum ini.

Jihan wakil Nabil

Menerusi laporan Astro Awani, permohonan maaf terhadap Alyah itu dibuat selepas pasangan pengacara tersebut selesai membuat persembahan pembukaan mereka.
Datin pun fahamkan kami daripada keluarga GV besar, tetapi saya mewakili Nabil, dia kata dia nak minta maaf (kepada Alyah) sekiranya ada kata-kata yang mengguris hati Datin. Kami faham Datin mungkin tidak ambil hati.

Tak ambil hati

Bagaimanapun, selepas permohonan maaf itu dibuat Alyah tanpa teragak-agak memaklumkan bahawa dirinya tidak pernah terasa hati dengan segala usikan yang dibuat Nabil selama ini.
Ada benda (kata-kata) yang dia (Nabil) cakap kadang-kadang macam perlu ke? Tetapi saya tidak ambil hati.
Dia (usikan) macam sudah biasa, (dan) dia acara tahunan.
Sebelum ini Alyah pernah memaklumkan bahawa Nabil mahupun Jihan tidak pernah sekali pun memohon maaf kepadanya secara peribadi selepas tindakan mereka mengusik dirinya sejak dari enam tahun dahulu.
Sumber: Astro AwaniHarian Metro, Trending Hangat

Comments