Janna Nick mengaku sedang hangat dilamun cinta dengan Dini

Siapa yang tidak mengenali pelakon popular iaitu Janna Nick. Kemunculannya dalam dunia lakonan sememangnya telah mendapat perhatian ramai.
Namun baru-baru ini, menerusi laman sosial hubungannya dengan seorang jejaka kacukan Pulau Pinang dan Switzerland iaitu Dini Azan Schatzman, telah mula diperkatakan ramai apabila Janna kerap memuat naik foto bersama.

Kami sedang bercinta!

Dalam pada itu, Janna Nick telah mengakui hubungan percintaannya bersama jejaka itu. Menurutnya, hubungannya dengan pelakon berusia 24 tahun itu mula serius sejak Jun lalu.
“Sebelum ini saya pernah beritahu hubungan dengan Dini hanya sekadar kawan biasa, tapi sejak Jun lalu kami mula serius.”

Mohon doa peminat untuk hubungan kami!

Pengumuman itu seterusnya mendiamkan cakap-cakap ramai tentang status perhubungan mereka sebelum ini.
Janna Nick juga turut memohon doa daripada peminat, supaya perhubungan mereka yang baru terbina ini berjalan dengan baik.

“Apapun doakan semoga hubungan yang baru terbina ini berjalan baik dan saya berharap pengumuman ini dapat memberi pencerahan kepada pihak yang sering berteka-teki mengenai hubungan saya dengan Dini sebelum ini,” ujarnya.


Dini lelaki yang baik, dan buat saya bahagia!

Menurut Janna, antara sebab dia jatuh hati dengan Dini kerana sifatnya yang baik hati serta selalu membuat dia bahagia.
“Dia satu dalam sejuta. Saya sukar untuk berjumpa lelaki seperti dia. Kami saling memahami antara satu sama lain. Tak pernah rasa bahagia seperti ini. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang baik hati.”
Sumber : Harian Metro, trending hangat

Comments