Siapa sahaja tidak kenal dengan drama sinetron Indonesia yang pernah mendapat tempat dalam kalangan penonton pada suatu ketika dulu iaitu Bawang Putih Bawang Merah.
Antara pelakon yang sering menjadi bualan hangat pada ketika itu ialah Nia Ramadhani sebagai Bawang Merah, Revalina S Temat sebagai Bawang Putih dan Dimaz Andrean sebagai Ferdi.
Malah sehingga kini, pelakon-pelakon tersebut masih menjadi bualan ramai dan terkini penampilan ayu yang dibawakan oleh Revalina sentiasa menarik perhatian warganet.
Berbeza dengan Nia Ramadhani, pelakon yang berumur 34 tahun itu lebih memilih penampilan yang sopan dan muslimah tambahan pula dia sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata.
Rata-rata gaya yang ditampilkan pelakon jelita itu adalah dengan memakai tudung bawal dan pakaian yang kelihatan longgar serta kemas.
Revalina yang sering memuat naik gambarnya di laman Instagram telah mendapat pujian daripada pengikut apabila dirinya sentiasa menutup aurat dengan sempurna.
Idola saya!
Share lah tutorial hijab
Banyak yang menutup dada
MasyaAllah cantiknya!
Cantik betul bawang putih ni! Dari cerita sinetron dulu sampai sekarang, dah ada dua orang anak pun masih cantik. Semoga Revalina dan keluarga sentiasa bahagia selalu.
Sumber : Revalina, Trending Hangat
Comments
Post a Comment