Laman sosial menjadi medium untuk peminat lebih mendekati artis pujaan mereka. Namun tidak kurang juga menyalahgunakan saluran itu untuk tujuan negatif. Pelakon Nina Iskanda mendedahkan inbox DM Instagramnya yang ‘diserang’ peminat ‘psiko’. Marah kena block Individu berkenaan dengan menghantar komen berbaur makian kepada Nina kerana telah menyekatnya di laman sosial tersebut. Tambah wanita itu lagi, dia telah disekat kerana telah meninggalkan sesuatu komen. Dia juga meluahkan penyesalan mengikuti akaun Instagram aktres yang turut sedang sarat mengandung berkenaan. Berbaur ugutan Tak bertolak-ansur dengan negativiti Nina menerusi Instagram storynya memberi respon berhubung DM wanita terbabit yang disifatkannya bukanlah seorang peminat seperti didakwa. Ujarnya lagi, dia tidak akan menyekat pengikut sesuka hati tanpa sebab yang jelas melainkan telah mencetuskan negativiti. Pelakon itu juga mengingatkan individu berkenaan untuk menjaga adab apabila melayari Instagramnya. Nina juga tidak gentar dengan ugutan pengguna Instagram itu kerana percaya kepada undang-undang negara yang melindungi rakyatnya. Sumber: Nina Iskandar
Sejak kebelakangan ini, seakan sudah menjadi satu trend dimana kebanyakan rakyat Malaysia akan mengupah photographer untuk mengabadikan kenangan terindah mereka dengan gambar-gambar yang cantik.
Namun, lain pula ceritanya apabila seorang pengguna Twitter, Syamira Azhar yang berpendapat bahawa mengupah photographer merupakan satu ‘pembaziran’. Perkongsiannya itu telah mendapat kecaman daripada warganet yang rata-ratanya tidak menyokong kenyataan yang dikeluarkan gadis ini.
‘Membazir’ upah photographer
Menurut Syamira, dia berpendapat bahawa mengupah photographer adalah membazir. Baginya mengambil gambar dengan menggunakan kamera telefon dan ditambah sedikit dengan editing pun sudah memadai dan cantik. Tidak perlu menggunakan kamera Digital Single-Lens Reflex Camera (DSLR) seperti yang dipakai oleh photographer.
Gadis ini juga turut berkongsi beberapa foto hasil yang diambil menggunakan kamera telefonnya setelah di edit.
Berbaloi kalau upah photographer
Upah kerana kemahiran dan pengalaman
Walau bagaimanapun, perkongsiannya itu telah mendapat kecaman warganet yang rata-rata tidak menyokong kenyataan gadis ini.
Mereka berpendapat bahawa kemahiran dan pengalaman yang ada pada seseorang photographer itulah yang menjadikan gambar tersebut unik dan eksklusif.
Sumber: Syamira Azhar, trending hangat
Comments
Post a Comment