Mak bapak dari ‘neraka’, dera anak sampai mati sebab tak mahu mandi

Anak merupakan amanah yang harus dijaga dan diberi kasih-sayang sepenuhnya oleh ibu bapa. Tidak kiralah sama ada anak tersebut merupakan darah daging sendiri ataupun sekadar anak angkat.

Kurung anak dalam sangkar kucing

Menerusi satu laporan daripada Harian Metro, sepasang suami isteri telah dibicarakan oleh Mahkamah Singapura semalam selepas didakwa mendera dan mengurung anak kandungnya berusia lima tahun sehingga mati pada 2016.
Azlin Azlin Arujunah dan suaminya Ridzuan Mega Abdul Rahman yang masing-masing berusai 27 tahun telah mengurung anaknya di dalam sangkar kucing dan menyiram belakang badan kanak-kanak tersebut dengan air panas menggelegak sehingga melecur.

Hanya sebab tak mahu mandi

Semasa perbicaraan berlangsung, pendakwa mengatakan bahawa mangsa telah dilakukan sedemikian rupa hanya kerana tidak mahu mandi dan telah dikurung sebelum dicurah air panas bersuhu sekurangnya 92 darjah celsius.
Lebih kejam lagi, mereka hanya membawa anaknya yang mengalami kecederaan parah di anggota badan itu selepas 6 jam menderita.
Mangsa meninggal dunia sehari selepas dimasukkan ke hospital dan pasangan kejam tersebut ditahan pihak berkuasa apabila pihak hospital membuat laporan berkaitan kes tersebut.

Kecederaan parah luar dan dalam badan

Menurut mahkamah, kanak-kanak tersebut telah diserahkan kepada keluarga angkat selepas dilahirkan, namun kembali kepada  bapa kandungnya pada 2015 dan didera setahun selepas itu.
Kanak-kanak itu dimaklumkan mengalami kecederaan lecuran tahap ketiga yang meliputi 75 peratus badannya, kecederaan buah pinggang akut, penyahhidratan, patah hidung, luka pada wajahnya selain lambat bertutur.

Haiwan pun tahu sayang anak

Sehubungan dengan itu, menerusi Facebook sumber, rata-rata warganet menyifatkan perlakuan tersebut sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Mereka semua telah mengecam tindakan jahat pasangan tersebut dan berharap hukuman berat dijatuhkan kepada mereka berdua.

Semoga ibu bapa dia dapat hukuman setimpal

Syurga tempatmu dik

Sumber : Harian Metro, Trending Hangat

Comments