Pengorbanan isteri dan ibu sememangnya sangat besar. Bukan sahaja bertarung nyawa bagi melahirkan zuriat tercinta, malahan sanggup menguruskan rumah tangga supaya suami serta anak-anak selesa menjalani hari-hari mendatang.
Lebih hebat lagi apabila wanita tersebut merupakan seorang yang bekerjaya dan kadang-kala perlu keluar kawasan hingga perlu meninggalkan sebenar suami serta anak-anaknya.
Siap2 asingkan baju2 anak & suami
Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai ainpendi, dia telah memuji satu posting yang dibuat oleh kenalannya yang mempersiapkan segala urusan harian selama 5 hari untuk anak serta suaminya di rumah.
Setiap pakaian untuk aktiviti harian serta seragam ke sekolah sudahpun ditandakan nama dan digosok oleh isteri lelaki itu sebelum berangkat ke luar kawansan. Suaminya hanya perlu menyiapkan anak-anak mengikut pakaian yang telah ditanda.
Siapkan makanan untuk 5 hari
Lauk makan untuk lima hari turut disediakan dan hanya perlu dipanaskan serta disiapkan oleh suami untuk menu makan mereka anak-beranak sepanjang ketiadaannya dirumah.
Ada urusan di Kuching
Menerusi posting di Twitter itu, wanita tersebut dikatakan telah berangkat ke Kuching, Sarawak atas urusan kerja dan dijangka pulang lima hari selepas habis urusannya disana.
Dalam perkahwinan kena ada give & take
Menerusi posting yang dibuat oleh ainpendi, rata-rata warganet telah menurunkan maklum balas yang pelbagai di ruangan tersebut.
Rata-rata warganet wanita turut berazam untuk menjadi seperti isteri seperti itu yang masih mengutamakan kebajikan keluarga serta rumah tangga walaupun sibuk bekerja.
Sumber : ainpendi_, Trending Hangat
Comments
Post a Comment