Memang tidak dapat dinafikan, Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan terkenal. Selain banyak tempat menarik, kepelbagaian makanan yang ada di Malaysia juga merupakan salah satu faktor negara ini kerap dikunjungi oleh pelancong asing. Antara makanan popular yang wajib dicuba apabila melancong ke Malaysia adalah nasi lemak, roti canai dan sebagainya.
Terbaru, seorang Youtubers, Darren Cronian dari Greece telah berkongsi satu video di Youtubechannel miliknya yang dilihat dia sanggup ‘terbang’ dari Athens ke Malaysia kerana mengidam untuk makan nasi lemak.
Terbang dari Athens ke Malaysia
Menerusi Malay Mail, pada lima tahun yang lalu Darren pernah mengunjungi ke Malaysia dan pernah cuba makan nasi lemak di Malaysia sehinggakan dia telah jatuh cinta dengan keenakan rasa nasi lemak. Tambahnya lagi, dia tidak dapat melupakan keunikan rasa nasi lemak tersebut.
Itulah makanan pertama yang saya cuba sebaik menjejakkan kaki di sini dan seperti orang Inggeris yang lain, saya makan semua benda yang ada dalam pinggan seorang diri.Selepas itu bila tengok orang tempatan makan pakai tangan, saya pun ikut seperti mereka.
Tambahnya lagi, dia pernah cuba mencari restoran yang menjual nasi lemak di sekitar Greece tapi malangnya tiada satu kedai pun yang menjual makanan Malaysia.
Batal rancangan musim sejuk demi nasi lemak
Menceritakan kisah itu, Darren mengatakan bahawa kunjungannya ke Malaysia ini adalah tidak dirancang sama sekali sehinggalah dia terlihat satu posting gambar nasi lemak dalam pautan Instagrammnya.
Tanpa berfikir panjang, dia kemudian terus membeli tiket penerbangan ke Malaysia. Dia sanggup membatalkan niatnya untuk menghabiskan musim sejuk di Greece demi nasi lemak.
Saya terbang dari Athens ke Singapura, yang mengambil masa selama 11 jam, dan enam jam kemudian berangkat ke Kuala Lumpur.
Cuba makanan tradisional Malaysia
Twitter I need your help for my next video. Looking for suggestions for the best places for Malaysian street food in KL, available day and night.
30 people are talking about this
Selain nasi lemak, Darren juga mengambil kesempatan untuk mencuba makanan lain seperti laksa Sarawak, mi kolok, makanan tradisional India dan sebagainya.
Setelah menghabiskan masa selama seminggu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ketika kunjungan kali pertama dulu, saya berasa selamat dan diterima.Apa yang buat saya rasa Malaysia seperti rumah kedua adalah masyarakatnya, makanan dan aspek budaya di negara ini.
Comments
Post a Comment