“Pahala dari orang yang mengumpat…” – Terpalit kontroversi, Aliff Aziz kongsi kata2 ‘deep’

Baru reda dengan kontroversi kisah cerai dan curang, penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, sekali lagi dihimpit dengan kontroversi apabila tular sebuah rakaman dia ditahan oleh polis Singapura.
Dalam kejadian itu, bekas suami kepada Bella Astillah itu ditangkap pihak polis, didakwa dalam keadaan mabuk dan telah mengganggu ketenteraman orang awam.

“Pahala daripada orang yang mengumpat…”

Aliff baru-baru ini menerusi IG story miliknya, telah berkongsi satu hantaran mengenai balasan atas sikap orang yang suka mengumpat dan mengata.
Hantaran tersebut seakan berkait rapat dengan apa yang sedang berlaku terhadapnya, apabila dikecam hebat oleh orang ramai berikutan daripada kes kontroversi tersebut, sehingga pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya.

Jadilah ayah baik…

Terdahulu, selepas daripada isu tersebut Aliff telah memuat naik sekeping foto bersama anaknya, Ayden, tanpa meletakan sebarang kaspyen telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Sayangi anak, jadi teladan yang baik

Rata-ratanya, memberikan kata-kata semangat dan meminta agar penyanyi kelahiran Singapura itu cuba untuk berubah menjadi seorang ayah yang baik kepada anak lelakinya.

Lupa segala benda negatif, maju ke depan

Jalan layan orang yang aibkan kau

Kalau nak buat dosa ingatlah mak ayah

Siapalah kita untuk menghakimi orang lain, sedangkan kita tidak melalui apa yang dilaluinya. Jika salah, cukuplah sekadar memberi nasihat dan tidak perlulah untuk menghukum.
Sumber : Aliff Aziz, Trending Hangat

Comments