Pemuda ini sempat bersedekah pada gelandangan, sebelum maut dalam kemalangan


Ajal dan maut di tangan Tuhan, jika sudah ditakdirkan tiba cepat atau lambat pasti akan merasainya juga, dan datangnya itu tanpa kita sendiri mampu menduga, adakah akan ada pengakhiran yang baik untuk kita.
Seperti kisah seorang pemuda ini, bernama Haiqal Bin Hamizar menerusi perkongsian di Facebook pengguna bernama Mirza Mohd Jalil memaklumkan bahawa, seorang pemuda telah meninggal dunia akibat kemalangan.

Baru semalam buat sedekah, hari ini meninggal

Lebih memilukan lagi, semalam arwah sempat menjalankan aktiviti sukarelawan iaitu dengan memberi sedekah kepada golongan gelandangan di sekitar ibu kota.

Semoga ditempatkan di kalangan hamba Allah yang beriman

Dengan izin Allah, pasti akan ada ganjaran atas amal kebaikannya. Di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah serta doa buat arwah.

Salam takziah…

Al – Fatihah…

Begitu sekali aturan Tuhan terhadap arwah, dia dijemput Ilahi sesudah melaksanakan amal jariah serta bakti kepada masyarakat, semoga ada balasan yang baik untuknya di akhirat kelak.

Sumber : Mirza Mohd  Jalil, Trending Hangat

Comments