Penuh emosi! Lakonan Amyra & Amar dalam Cemburu Seorang Perempuan dipuji

Sejak kebelakangan ini, drama berjudul Cemburu Seorang Perempuan yang disiarkan pada 29 Oktober lalu menjadi tumpuan peminat cerita tempatan.
Ini kerana lakonan hebat yang dijayakan oleh barisan pelakon seperti Amyra Rosli, Amar Baharin dan Emma Maembong dikatakan dapat membuatkan penonton ‘melekat’ di hadapan kaca televisyen.

Amyra yang merupakan salah seorang watak utama dalam drama tersebut telah mendapat pujian apabila lakonannya bersama suami, Amar Baharin berjaya mendapat tempat dalam kalangan penonton.

Menerusi laman Instagram miliknya, dia sering berkongsikan beberapa sedutan episod sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.
Rata-rata warganet memberikan komen yang positif memandangkan pasangan tersebut merupakan suami isteri.
Malah tidak kurang juga ada memuji karya pengarah drama itu kerana mempunyai jalan cerita yang menarik dan agak berbeza.

Menangis tengok cerita ni

Paling suka bila suami isteri ni berlakon sama

Suka gila drama ni!

Jalan cerita lain dengan yang lain

Korang dah tengok ke belum drama ni? Kalau nak tahu best ke tak, korang tengok sendiri lakonan hebat mereka. Drama ini disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Astro Ria.
Sumber : Amyra Rosli, Trending Hangat

Comments