“RM50 satu malam!” – Cyber Cafe jadi ‘tempat tinggal’ golongan ‘Cyber Homeless’ di Jepun

Cyber cafe adalah tempat untuk bersantai dan menghabiskan masa melayari Internet, menonton movies, bermain games dan sebagainya.
Lain pula cerita di Jepun apabila cyber cafe ini telah menjadi tumpuan menjadi alternatif popular sejak tahun 1995 bagi pekerja yang terlalu letih untuk pulang ke rumah yang lebih jauh.

‘Cyber Homeless’ jadikan cyber cafe tempat penginapan

Kos sara hidup yang tinggi di Jepun menyumbang kepada kewujudan golongan yang dikenali sebagai ‘Cyber Homeless’ kerana menjadikan cyber cafe sebagai tempat penginapan seperti hostel dan hotel.

Sewa lebih murah, RM50 satu malam

Mereka memilih untuk tinggal di cyber cafe  kerana sewa lebih murah berbanding jika menyewa sebuah apartment.
Sewa yang dikenakan bagi bilik kecil adalah lebih kurang RM50 untuk satu malam dan ada juga yang siap dengan bilik mandi sekali.

Banyak kemudahan disediakan

Kemudahan yang disediakan adalah internet tanpa had, ramen, air tin, TV, air panas selain dari vending machine dan turut menjual pakaian dalam.

Sangat membantu terutamanya pelancong

Bukan itu sahaja, ia juga sangat membantu terutamanya pelancong yang melancong secara bajet ke sana kerana Jepun adalah salah satu tempat paling mahal untuk dilawati.

Manfaatkan perkhidmatan Internet tanpa had

Mereka yang tinggal di sini adalah golongan yang tiada pekerjaan tetap. Oleh kerana itu, mereka memanfaatkan perkhidmatan internet untuk bekerja secara online bagi mendapatkan pendapatan untuk menampung kos sara hidup.
SUMBER : GOOGLE, TRENDINGHANGAT

Comments