Tindakan pelakon Intan Najuwa, memuat naik foto mesranya yang sedang berpelukan dengan Zul Ariffin sekali lagi mencetuskan kontroversi di media sosial apabila rata-rata netizen merasakan tindakannya itu sangat tidak sesuai memandangkan statusnya sebagai tunang orang.
Menerusi Instagram Pencetus Ummah (PU) Syed, dia memberi teguran terbuka buat kedua-dua pelakon tersebut. Menurutnya, pelakon tersebut perlu segera mendirikan rumah tangga seandainya mereka ingin berkelakuan seperti itu.
Terlalu murah perintah dan larangan Allah?
Ambe rasa perlu Menteri Agama, dan JAKIM membuat satu garis panduan, bahkan menggubal undang2 khas membendung artis-artis yang menunjukkan gaya kehidupan yg negatif ini agar kembali kepada landasan yang sebenar. Takzir sangat baik ke atas mereka.
Menerusi Instagram PU Syed, dia tidak mahu berkongsi gambar kedua-dua pelakon itu sedang berpeluk kerana ianya sangat tidak senonoh. Tambahnya, mereka berdua seharusnya berkahwin dan sudah pasti boleh melakukan apa sahaja secara halal. PU Syed turut menasihati Zul dan Intan bahawa sebagai seorang muslim, syarak telah menetapkan sesuatu perkara yang halal dan haram. Apatah lagi, semua manusia mengatakan takut dihumban ke neraka.
Industri semakin sakit
Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan PU Syed dan memuji sikap keberaniannya menegur kedua-dua pelakon tersebut.
Sumber: PU Syed, Trending Hangat
Comments
Post a Comment