Laman sosial menjadi medium untuk peminat lebih mendekati artis pujaan mereka. Namun tidak kurang juga menyalahgunakan saluran itu untuk tujuan negatif. Pelakon Nina Iskanda mendedahkan inbox DM Instagramnya yang ‘diserang’ peminat ‘psiko’.
Marah kena block
Individu berkenaan dengan menghantar komen berbaur makian kepada Nina kerana telah menyekatnya di laman sosial tersebut. Tambah wanita itu lagi, dia telah disekat kerana telah meninggalkan sesuatu komen. Dia juga meluahkan penyesalan mengikuti akaun Instagram aktres yang turut sedang sarat mengandung berkenaan.
Berbaur ugutan
Tak bertolak-ansur dengan negativiti
Nina menerusi Instagram storynya memberi respon berhubung DM wanita terbabit yang disifatkannya bukanlah seorang peminat seperti didakwa. Ujarnya lagi, dia tidak akan menyekat pengikut sesuka hati tanpa sebab yang jelas melainkan telah mencetuskan negativiti.
Pelakon itu juga mengingatkan individu berkenaan untuk menjaga adab apabila melayari Instagramnya. Nina juga tidak gentar dengan ugutan pengguna Instagram itu kerana percaya kepada undang-undang negara yang melindungi rakyatnya.
Sumber: Nina Iskandar, trending hangat
Comments
Post a Comment