Dr. Amalina Bakri merupakan antara insan yang bertanggungjawab membawa bayi bertuah Ainul Mardiah Ahmad Safiuddin, menjalani pembedahan membuang ketumbuhan mulutnya di London.
Berada di samping Ainul dan ibu bapanya sepanjang mereka berada London. Justeru, apabila melihat perkembangan positif adik Ainul yang semakin sihat, membuatkan Dr. Amalina turut berasa bahagia.
“Dah boleh duduk Ainul, smart girl…” – Dr. Amalina
Baru-baru ini, pakar bedah itu telah berkongsi foto Ainul di status Twitter miliknya, teruja melihat anak bertuah itu kini sudah mampu untuk duduk dengan sendiri.
Walaupun masih menggunakan alat trakeostomi bagi membantu pernafasannya, Ainul kelihatan semakin membesar dan sihat daripada hari ke sehari.
Good job Dr!
Perkongsian yang ringkas tapi cukup bermakna itu mendapat hampir 10 ribu retweet dan 37 ribu tanda suka, rata-rata netizen juga turut berasa teruja dan gembira dengan perkembangan positif Ainul.
Jasa Dr. Amalina tidak akan pernah dilupakan, semoga terus memberi inspirasi kepada orang ramai, bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara luar juga.
Sumber : Dr. Amalina Bakri, Trending Hangat
Comments
Post a Comment