Kontroversi mengenai penyanyi Aliff Aziz, kembali menjadi bualan hangat apabila dia ditahan oleh polis di Singapura, semalam. Aliff ditahan polis kerana didakwa berada dalam keadaan mabuk dan mengganggu ketenteraman orang ramai semasa berada di tempat awam
Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, ibu Aliff memberitahu bahawa anaknya kini berada dalam keadaan yang baik selepas berjumpa dengan anaknya Ayden Adrean semalam.
Setiap yang terjadi pasti ada sebab
Menurut S Hafiza Basharahil, setiap apa yang berlaku pasti mempunyai sebab yang tertentu dan hanya Allah saja yang lebih mengetahui. Tambahnya, Aliff kini berada dalam keadaan yang baik terutama selepas dia berjumpa anaknya, Ayden Adrean. Hafiza turut berkongsi sebuah video di mana bekas isteri Aliff iaitu Bella Astillah turut berada bersama ketika perjumpaan itu.
Kepada yang bertanya mengenai anak saya, alhamdulillah berkat daripada doa orang ramai, dia okey. Selepas berjumpa anaknya malam tadi, Insya-Allah dia bertambah baik. Saya percaya setiap apa yang terjadi dalam hidup kita pasti ada sebabnya dan Allah saja yang tahu. Dengan rasa rendah hati, saya ingin berterima kasih atas setiap doa anda. Ia sangat berharga.
Bergaduh dengan seorang lelaki
Menurut laporan portal Berita Mediacorp, penangkapan Aliff itu disahkan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF), selepas dia dipercayai bergaduh dengan seorang lelaki di kawasan Orchard Road, lebih kurang pukul 6.40 pagi semalam. Aliff juga didapati sedang bergelut dengan dua orang pegawai polis yang bertugas ketika mereka cuba untuk menggari tangannya. Walaupun diarahkan supaya bertenang dan meleraikan pergaduhan itu, Aliff yang nafasnya berbau arak, enggan memberikan kerjasama dan terus mencetuskan kekecohan.
Sumber: Harian Metro, Trending Hangat
Comments
Post a Comment