Setiap daripada kita pasti mempunyai kisah cinta yang sendiri. Anda juga mesti ingat di mana titik pertemuan dan perkenalan antara anda dan pasangan, kan? Seperti kisah dari Deann Harrisa, dia telah berkongsi detik terindah bertemu dengan suaminya di dalam penerbangan yang sama. Memang sweet habis!
Penerbangan pertama kami
Krew penerbangan wanita ini menceritakan detik pengenalan antara dia bersama suami semasa bertugas di syarikat penerbangan tambang murah itu. Mereka mula mengenali semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke India pada sekitar Oktober 2017.
Tak payah minta tolong, dia dah buat dulu
Wanita ini diberi posisi untuk bertugas bersama jejaka yang bernama Hakeem itu di bahagian Aft Galley. Dia turut memuji sikap Hakeem yang sangat rajin bekerja, sedikit sebanyak dapat meringankan tugasannya itu.
Masa ini dia mula suka kat I
Wanita ini turut menyedari sikap Hakeem yang semakin pelik dan dia juga merasakan lelaki itu sudah menyukai dirinya semasa di sesi Question and Answer (QnA) selepas penerbangan.
Dia ajak selfie buat kenangan
Tidak hanya tamat dengan itu, rakan mereka yang hanya dikenali sebagai ‘Mr F’ turut membantu bagi menjodohkan mereka berdua. Malah, ‘Mr F’ juga menyarankan Hakeem untuk berswafoto sebagai kenangan kerana berkemungkinan besar mereka tidak lagi dapat ditugaskan bersama dalam satu penerbangan.
Bukan dapat phone number tapi akaun bank
Mereka mula mengikuti (follow) di Instagram dan tegur antara satu sama lain. Lebih manarik lagi apabila Hakeem meminta nombor akaun bank semata-mata untuk bayar harga makanan yang dibelinya di dalam penerbangan tersebut.
Penerbangan pertama suami isteri
Sekarang, pasangan ini telah pun berkahwin dan ini merupakan foto pertama mereka sebagai pasangan suami isteri yang bertugas di dalam satu penerbangan yang sama.
Sumber: Dee Harissa, Trending Hangat
Comments
Post a Comment