Sebelum ini, koleksi peribadi milik mendiang Michael Jackson menjadi rebutan peminat di seluruh dunia. Malah ada sahaja barangannya itu dijual dan mendapat permintaan yang tinggi.
Stoking MJ Untuk Dilelong
Ini termasuklah mengenai sarung kaki (stoking) yang pernah dipakai oleh Michael atau juga dikenali sebagai MJ ketika konsert Motown 25: Yesterday, Today, Forever. Menurut sumber, stoking tersebut akan dilelong dalam sebuah acara yang dikelolakan oleh Gotta Have Rock and Roll. Dikhabarkan stoking MJ akan dijual dengan harga lelongan bermula dengan $1 juta USD bersamaan RM4.14 juta.
IKLAN
Kontroversi Mula Tersebar
Selain stoking yang bertatahkan kristal itu, beberapa barangan lain akan turut dilelong seperti suit Victory Tour dan jersi Chicago Bulls yang tertera tandatangan MJ.
Sebelum ini, beberapa kontroversi mengenai MJ turut tersebar luas antaranya seperti terlibat dengan penderitaan seksual kanak-kanak.
Namun sepanjang hayatnya, dia menafikan tuduhan tersebut. Sebuah dokumentari ‘pengakuannya’ turut pernah disiarkan namun tidak lama kemudian ahli keluarganya menyaman pihak HBO sebagai syarikat penyiaran rancangan itu.
Comments
Post a Comment