Pelakon yang tengah hangat membintangi drama Cemburu Seorang Perempuan, Nazrief Nazri, 28 hari ini sah bergelar suami kepada seorang model hijab pada jam 6.10 petang tadi.
Pilih model jadi pasangan
Nazrief dan Aizatul Aqma Hamdan, 25, telah selamat bergelar pasangan suami isteri dan dinikahkan oleh jurunikah Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa, Saiful Hamizi.
Semua berjalan lancar
Pelakon lelaki itu telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM60 dan duit hantaran sebanyak RM15,000 beserta tiga dulang hantaran berbalas lima daripada pihak perempuan.
Menerusi Harian Metro, Nazrief telah meluahkan rasa syukur apabila perhubungan mereka yang berjalan hampir satu tahun lebih ini diakhiri dengan lafaz akad nikah.
“Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar seperti direncanakan.
“Lebih setahun mengenali hati budi, kami juga sepakat mengakhirinya dengan perkara yang wajib iaitu pernikahan seperti dituntut agama.”
Satu kejutan yang manis
Pernikahan mereka sememangnya satu kejutan yang manis kerana Nazrief agak kurang menguar-uarkan pernikahan yang berlangsung hari ini.
Hal itu sudah pasti membuatkan para peminatnya berasa terkejut dengan majlis yang berjalan petang tadi.
Menurut pelakon lelaki itu lagi, dia telah menghantar rombongan merisik kepada pasangannya pada 30 Jun yang lalu dan terus merancang untuk mendirikan rumah tangga.
Majlis yang berlangsung tenang itu telah dihadiri oleh 100 orang tetamu terdiri daripada sanak-saudara dan juga sahabat handai.
Sumber: Harian Metro, Nazrief Nazri, trending hangat
Comments
Post a Comment