Tak sangka kisah Melissa dan paragliding dalam soalan Bahasa Inggeris SPM, benar-benar wujud!

Mata pelajaran Inggeris bagi Sijil Pelajaran Malaysia 2019 baru sahaja berakhir pada hari Rabu semalam dan para pelajar SPM meluahkan perasaan lega mereka setelah berjaya menjawab soalan bagi subjek tersebut.
Walau bagaimanapun, tular sebuah isu dimana kertas subjek tersebut menggunakan nama seorang wanita iaitu Mellisa dimana dia melakukan aktiviti paragliding.

Lebih mengejutkan apabila nama tersebut benar-benar wujud di laman Instagram yang bernama Laura Melissa Williams. Warga netizen terutamanya pelajar tingkatan lima tidak menyangka sama sekali bahawa karakter tersebut memang wujud!
Apabila mengetahui keadaan tersebut, ramai yang menjengah ke akaun terbabit dengan memberikan komen berkenaan dengan soalan subjek itu.

Ini yang masuk exam ni kan?

She is real!

Dah famous dah dia

Awak buat saya pecah otak

Macam-macam! Tahun lepas nama Sarah pada kertas soalan Bahasa Inggeris SPM pun jadi bahan bualan ramai jugak dalam kalangan pelajar SPM di Twitter.
Sumber: Khuzrin KamaruddinTRENDINGHANGAT

Comments