Tak sempat balik rumah, dua anggota polis maut dirempuh lori lepas selesai tugas

Tiada siapa yang menyangka bahawa hari ini merupakan hari terakhir dua orang anggota polis menjalankan tugas, sebelum kedua-duanya terlibat dalam kemalangan maut.
Dilaporkan, kira-kira pukul 5,30 pagi tadi dua orang anggota polis L/Kpl Saifullah Bin Mohamad dan L.Kpl Mohamad Johari Bin Rosli maut dirempuh sebuah lori membawa roti.

Temui ajal ketika bertugas…

Dimaklumkan, dua anggota polis tersebut bersama beberapa lagi anggota lain sedang menjalankan tugas sekatan jalan raya di Jalan Changong, Pasir Puteh.
Menurut maklumat yang diterima, lori terbabit hilang kawalan dan terbabas ke bahagian kiri jalan menyebabkan tiga daripada lima anggota polis mengalami kecederaan, manakala seorang lagi sempat mengelak.

Sorang saje sempat elak…

Difahamkan, kesemua yang tercedera termasuk pemandu lori roti telah dikejarkan ke hospital Sultan Ismail (HSI), bagi mendapatkan rawatan segera.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber : Harian Metro, TRENDING HANGAT

Comments