“Teguran Allah..” – Tanah runtuh di Genting Higlands, ramai harap pusat perjudian musnah

Semalam kira-kira jam 5 petang, Malaysia digemparkan dengan kejadian tanah runtuh di Jalan Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong, sehingga mengakibatkan laluan utama menuju ke sebuah hotel dan pangsapuri servis di situ, terganggu.
Akibat daripada itu, beberapa pelancong dan pekerja di hotel dan pangsapuri servis di kawasan itu terkandas dan tidak boleh bergerak ke usat peranginan Genting Highlands.

Biar runtuh sekali pusat judi tu…

Kita sedia maklum bahawa Genting Highlands mempunyai kasino terbesar di Malaysia. Susulan daripada tanah runtuh tersebut, ramai yang mula mengaitkan runtuhan tersebut disebabkan bala daripada aktiviti perjudian yang berlaku di situ.

Ramai yang terkandas…

Teguran daripada Allah…

Terdapat beberapa komen daripada netizen, seperti menganggap runtuhan yang berlaku itu adalah musibah, malah ada yang sehingga mengharapkan agar pusat perjudian tersebut pula runtuh.

Pusat judi terbesar, sebab tu turun bala

Tenggelam pusat judi tu…

Harap2 runtuh tempat judi dekat Genting tu

Doa yang baik2 jela….

Sementara itu, ada juga yang tidak bersetuju dengan tanggapan tersebut kerana disana juga banyak tempat pelancongan dilawati orang ramai, bukan hanya terdapat pusat perjudian, maka itu tidak perlulah untuk mendoakan perkara yang tidak sepatutnya.
Menurut laporan yang diterima, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku susulan daripada runtuhan tersebut. Diharapkan, kita sema mendoakan yang baik-baik sahaja dan mengambil iktibar di atas musibah yang berlaku ini.

Sumber : Berita Harian, TRENDING HANGAT

Comments