Tempuh pelbagai dugaan sebelum nikah, Eyra Hazali & Haziq Nadzli sah jadi suami isteri



Mengikat tali pertunangan pada pada 1 Disember lalu selepas setahun menjalin cinta, pelakon jelita Eyra Hazali, 20,  dan pasangannya penjaga gol skuad bola sepak bawah 23 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli kini sah bergelar suami isteri.
Pasangan merpati dua sejoli selamat dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Hazali Ramli dengan bersaksikan Abdul Jamel Jaafar selaku Pendaftar Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah persekutuan.

Eyara dan Haziq sah suami isteri

Majlis yang diadakn di Masjid As-Syakirin KLCC menyaksikan pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,001 bersama sembilan dulang hantaran berbalas sebelas.

Tukar tempat nikah last minutes

Sah menjadi suami isteri pada puku 9.35 malam tadi, Eyra yang sempat ditemu ramah media mengucapkan syukur di atas kelancaran majlis pernikahannya bersama pasangan, meskipun menempuh pelbagai dugaan.
“Syukur Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Banyak juga dugaan yang kami lalui menjelang hari pernikahan, satu persatu dugaan termasuklah tempat nikah. Sampaikan masjid ini adalah lokasi kedua kami tukar…”
Dihadir kira-kira 150 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat. Eyra kelihatan manis menggayakan hasil rekaan dan dijahit sendiri oleh ibunya, Qhuzie Johari. Tahniah di ucapkan buat Eyra dan Haziq.
Sumber : Media Hiburan, TRENDING HANGAT


Comments