Semalam, tular sebuah video memaparkan seorang wanita dipercayai merupakan pengasuh, telah bertindak kasar terhadap anak asuhannya yang baru berusia 6 bulan.
Difahamkan, video tersebut dikongsikan oleh pengguna Facebook yang mendakwa menerima dua video daripada rakannya yang juga penduduk di kawasan kampung terbabit.
Amaran jangan hantar anak pada pengasuh tu
Menurut pengguna terbabit dia tidak mengenali ibu bapa bayi tersebut, rakannya bertindak menghantar rakaman tersebut sebagai amaran supaya dia tidak menggunakan perkhidmatan pengasuh terbabit.
“Wanita itu memberitahu rakannya mengirim video berkenaan kerana tidak mahu dia menghantar anak ketiganya kepada pengasuh terbabit berikutan bimbang diperlakukan seperti bayi itu…”
Memang kasar tapi tiada niat nak cederakan…
Selepas video tersebut mula tular, pengasuh itu yang mengaku wanita dalam video berkenaan adalah dirinya, memberi kenyataan bahawa dia tidak berniat mahu mendera bayi 6 bulan itu.
Mengakui bertindak kasar terhadap bayi itu dengan, menggoncang kaki, menampar kepala dan menghentak bayi terbabit di atas lantai, pengasuh itu menafikan dakwaan yang mengatakan dia cuba mendera mangsa.
Anak tiada kesan pukul…
Ibu bapa bayi berkenaan pula berkata, anak mereka tidak menunjukkan sebarang perubahan setiap pulang daripada rumah pengasuh, malah tidak dijumpai kesan pukul atau lebam pada badan anak.
Bagaimana pun, pihak polis akan menyiasat kes tersebut dengan lebih lanjut Seksyen 31(1)a Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memastikan pengasuh tersebut bersalah atau tidak.
Sumber : Berita Harian & Penang Kini, Trending Hangat
Comments
Post a Comment