Tikam & bawa mayat ibu ‘jalan’ guna kerusi roda, suspek diminta jalani pemeriksaan mental

Tiga hari lalu, negara kita telah digemparkan dengan tragedi cukup tragis, apabila seorang anak telah menikam ibunya sehingga mati, sebelum suspek berjalan membawa mayat menggunakan kerusi roda ‘bersiar-siar’ di luar rumah.
Susulan daripada kes tersebut, suspek Mohd Ridzuan Mustafa, 37 telah dihadapkan ke mahkamah Majistret Kuantan dan akan didakwa atas tududan membunuh.

Suspek akan jalani pemeriksaan mental

Menurut laporan media, suspek diarahkan untuk membuat pemeriksaan mental di Hospital Permai, Tampoi, Johor, bagi memastikan keadaan mentalnya sama ada waras atau tidak, ketika kejadian berlaku.
Terdahulu, Mohd Ridzuan telah mengamuk sehingga menikam ibu kandungnya, Sefiah Hamid, 62 serta adik perempuannya Masitah Mustafa 26 tahun dan teman lelaki adiknya.
Tertuduh diminta untuk datang semula pada 12 Disember, bagi sebutan semula dan keputusan laporan mental. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Sumber : Harian Metro, Trending Hangat

Comments